Apakah Impian Anda, Termakbulkah ?
Category:
Beberapa bulan yang lalu, aku menonton rancangan Oprah Winfrey's Show di NTV7.
Entah kenapa, aku tiba-tiba begitu teruja, kagum dan sesekali sebak. Fokus rancangan tersebut kali ini kepada seorang remaja perempuan. Charice Pempengco dari Filipina. Mari soroti kisah hidup seorang remaja yang kini menjadi kebanggaan rakyat Filipina.
Charice adalah seorang budak kampung biasa yang mempunyai suatu impian seperti juga budak-budak lain. Di besarkan oleh seorang ibu dalam keadaan serba serbi kekurangan. Hampir-hampir kehilangan rumah kediaman kerana tekanan kos sara hidup. Namun Charice tetap mengimpikan agar impiannya akan termakbul suatu hari nanti. Impian menjadi seorang penyanyi. Menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di merata tempat di Filipina. Hasil dari hadiah yang tidak seberapa di berikan kepada ibunya. Impiannya untuk menyelematkan rumahnya merupakan impian murni dari seorang anak yang masih berusia belasan tahun di ketika itu.
Keajaiban berlaku, bakat Charice telah di kesan oleh Oprah ketika melihat video nyanyian Charice di YouTube. Oprah terkejut, seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, suara yang serupa dengan Celine Dion. Bahkan Charice pernah melukis gambar dia dan Celine Dion ketika masih menetap di kampung halaman. Oprah tidak berdiam diri. Pertemuan diaturkan. Oprah ingin mendengar nyanyian Charice secara live di hadapannya.
Ternyata, benar apa yang ditontonnya di YouTube.
Oprah tidak berdiam diri selepas itu, sesuatu perlu dilakukan untuk budak ini, katanya. Oprah akhirnya menghubungi David Foster, seorang Komposer Muzik terkenal dunia. David Foster buat pertama kali mendengar nyanyian Charice, tergamam. Kini keajaiban yang disampaikan oleh Oprah ternyata benar-benar terjadi dihadapannya. Lalu David Foster mengorak langkah ke hadapan. Terus mengasah bakat dan mencipta lagu buat Charice. Tetapi suatu perkara yang amat mengujakan sesiapa yang menonton rancangan tersebut ketika Charice di menjadi tetamu di rancangan Oprah, Charice di kejutkan dengan kehadiran penyanyi impiannya secara live melalui screen video. Itulah dia Celine Dion. Charice diundang untuk menyanyi bersama-sama dengan Celine Dion di konsert besar-besaran yang diadakan di Las Vegas.
Hari ini, fenomena Charice dalam bidang seni di Eropah menjadikan ramai manusia demam. Demam seperti mana akan hadirnya World Cup 2010 mulai Jun ini. Apa pun tahniah buat Charice. Mungkin kerana impiannya yang murni ingin membantu ibunya dan menyelamatkan rumahnya yang hampir-hampir hilang, akhirnya Tuhan memakbulkan satu impian yang sebelumnya menjadi bahan ketawa rakan-rakannya. Segala hajat dirinya, ibunya dan seorang adik lelakinya dapat di tunaikan kini.
Persoalannya : Apakah impian anda selaku seorang individu Muslim ?
Setiap daripada kita pasti mempunyai impian yang tersendiri. Saya sendiri secara jujur ketika masih di sekolah rendah juga telah pun memasang impian. Impian untuk menjadi seorang guru dan memiliki sebuah kereta. 23 tahun saya hidup dalam keadaan jahiliyah, tanpa pendidikan yang tinggi, ilmu yang cetek, kebolehan yang tidak dapat dikesan. Namun impian tetap impian. Disaat impian tersebut telah pun berkubur. Tiba-tiba berlaku satu keajaiban. Keajaiban yang menerangi kembali impianku di suatu ketika dulu.
Alhamdulillah....Allah memberiku hidayah untuk menerima Islam. Ketika aku ditanya oleh Ustaz Uda Kassim ( seorang penceramah yang sering muncul di kaca TV dan media cetak ), aku menjawab dengan jujur : " Saya ingin mendalami ilmu Islam sehingga saya boleh mengajarkan kepada orang lain."
Hari ini, Allah memakbulkan impianku ketika masih kecil, impian untuk menjadi seorang guru. Siapa sangka, dulu aku hanyalah seorang budak kampung dan pemuda yang tidak mempunyai masa depan yang cerah, kini bergelar seorang " Ustaz " yang sering menerima jemputan ceramah di merata tempat. Dulu aku seorang yang tidak di kenali ramai, hari ini aku mempunyai ramai sahabat dari pelbagai profession. Alhamdulillah...semua itu adalah anugerah Allah. Lebih bernilai daripada anugerah yang Allah kurniakan kepada Charice di sebalik kemayuran Charice di seluruh dunia. Apa pun, mudah-mudahan Charice di anugerahkan hidayah Allah seperti mana Allah menganugerahkan kepada Yusof Islam dan Micheal Jackson.
Subahanallah...begitulah hakikat perjalanan kehidupan kita. Tiada siapa yang mampu meramalkan masa depan. Apa pun, kita perlu membuat persedian untuk masa depan kita kerna masa depan yang akan kita lalui itu adalah pasti. Dan kemuncak masa depan kita adalah di " akhirat ".
Imam Qurthubi merakamkan di dalam Tazkirah Al-Qurtubi dengan mengambil mengatakan : " Sesungguhnya kamu diciptakan untuk kehidupan yang kekal abadi. Tetapi kamu akan berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain ( alam ), sehinggalah kamu akan berada di negeri yang kekal abadi "
Gunakan Anugerah Allah Pada Jalan Yang DiredhaiNYa