Category:


Alhamdulillah, manuskrip buku ke-2 saya baru sahaja disiapkan. Kini dalam proses editing di PTS Islamika oleh Ustaz Rohidzhir Rais. Travelog Hijrah mungkin akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Ia adalah kesinambungan kepada buku pertama saya yang berjudul Travelog Syahadah yang mendapat sambutan amat menggalakkan dipasaran semenjak diterbitkan pada Julai 2010. Dapatkan info lanjut di website PTS untuk mengetahui perkembangan terkini tentang buku Travelog Hijrah...Penghijrahan Seorang Mualaf Menyingkap Keindahan Islam.
Kini telah memulai penulisan buku ke-3 yang berjudul Menuju Puncak Impian...buku yang saya karangkan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang 8 tahun saya mendalami ilmu dan berkecimpung dalam bidang dakwah. Buku ini sebagaio satu rujukan dan motivasi kepada pelajar-pelajar dan remaja-remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dengan rintangan demi mencapai impian masing-masing.
sekian, terima kasih dari saya kepada semua pembaca Travelog Syahadah.

.Top 50 Julai 2010.... Alhamdulillah

Category:


Alhamdulillah...... tiada kata yang paling indah mampu kuungkapkan melainkan sejuta kesyukuran atas keizinannya yang terlalu indah dan bermakna ini..... Sekalipun bukuku masih terlalu baru di pasaran.... Tiada daya dan upaya melainkan Engkau jua Ya Allah....


Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan oleh mereka yang terlibat.. Jazakumullahu khairan jaza'....

1. Memasak Sehebat Chef: Rendang
2. Senangnya Memasak: Puding & Desert
3. Senangnya Memasak: Ayam
4. Senangnya Memasak: Nasi
5. Senangnya Memasak: Kuih Kukus
6. Senangnya Memasak: Mi, Mihun & Kuetiau
7. Senangnya Memasak: Ikan
8. Peristiwa Bersejarah Ramadan
9. Senangnya Memasak: Kuih-Muih Minum Petang
10. Dahsyatnya Doa Ibu
11. Senangnya Memasak: Sambal & Sos
12. Senangnya Memasak: Kerabu & Salad
13. Senangnya Memasak: Sayur
14. Travelog Haji (Ed. Kemas Kini)
15. 101 Akhlak Rasulullah
16. Senangnya Memasak: Daging
17. Senangnya Memasak: Tauhu & Telur
18. Senangnya Memasak: Makanan Barat
19. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
20. Senangnya Memasak: Makanan Laut
21. Adab Ramadan
22. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei
23. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa
24. Senangnya Memasak...Kambing
25. Cita Rasa Malaysia: Kelantan
26. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
27. Cita Rasa Malaysia: Johor
28. Remaja@ptsone 2010
29. Aku Mahu Ain Maisarah
30. Memasak Sehebat Chef: Sup
31. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand
32. Memasak Sehebat Chef: Bubur
33. Hidangan Terbaik Dunia: Siam

34. Travelog Syahadah

35. Sarah Dan Duit Raya
36. Hidangan Terbaik Dunia: Singapura
37. Sepasang Kasut Untuk Sahabat
38. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
39. Imejku, Caraku, Gayaku...Anggun
40. Perang Badar: Perang Penentuan
41. Ajaibnya Sedekah
42. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
43. Kuasa 4
44. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
45. Khalifah-khalifah Yang Benar
46. Diari Ramadan
47. Gadis Piano
48. Komik-M: Baju Raya Dari Syurga
49. Lelaki Berkasut Merah
50. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa