Category:


Alhamdulillah, manuskrip buku ke-2 saya baru sahaja disiapkan. Kini dalam proses editing di PTS Islamika oleh Ustaz Rohidzhir Rais. Travelog Hijrah mungkin akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Ia adalah kesinambungan kepada buku pertama saya yang berjudul Travelog Syahadah yang mendapat sambutan amat menggalakkan dipasaran semenjak diterbitkan pada Julai 2010. Dapatkan info lanjut di website PTS untuk mengetahui perkembangan terkini tentang buku Travelog Hijrah...Penghijrahan Seorang Mualaf Menyingkap Keindahan Islam.
Kini telah memulai penulisan buku ke-3 yang berjudul Menuju Puncak Impian...buku yang saya karangkan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang 8 tahun saya mendalami ilmu dan berkecimpung dalam bidang dakwah. Buku ini sebagaio satu rujukan dan motivasi kepada pelajar-pelajar dan remaja-remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dengan rintangan demi mencapai impian masing-masing.
sekian, terima kasih dari saya kepada semua pembaca Travelog Syahadah.

Comments (5)

Tahniah... memberi motivasi kpd sy...

Salam ziarah.

terima kasih atas kunjungan. Menjadi seorang penulis memang tugas dakwah yang sangat baik dan murni.

Saya pun sedang menulis di bawah PTS juga, insya Allah buku akan terbit awal tahun hadapan. Moga perjuangan anda dan kita dipermudahkan.

Mohd Aizat

Terima kasih ustaz atas kunjungan, saya menghabiskan hanya beberapa jam untuk travelog syahada, cukup mengasyikkan. Saya tunggu buku ustaz seterusnya.

Alhamdulilah.. teruskan usaha menulis...

assalamualaikum ustaz.... saya telah memiliki buku ustaz travelog syahadah... saya nak tanya ustaz traveog hidayah... dah publish ke...