Mujahadah Menghampiri DIA !
Category:
Sukar benar untuk merasai hakikat kehambaan bagi kita disisi Tuhan Yang Maha Pencipta. Terkadang hati merasakan terlalu hampir dengan-Nya. Namun sering kali hati ini merasakan terlalu jauh daripada-Nya. Ya, yang terlalu jauh itulah yang membuatkan hati ini sombong ketika berhadapan dengan Tuhannya. Subahanallah...sering kali saya melihat kebanyakan dari manusia yang diketika saat dia terlalu hampir dengan Allah, tetapi hakikatnya dia sedang menjauhi dirinya dari Tuhan Yang Maha Penyayang. Bagaimana boleh berlaku begitu ya?
Tiada saat yang paling indah bagi seorang hamba disisi Tuhannya, ialah ketika bersujud didalam solat. Ya, saat itu lebih besar ertinya dari mendapat cahaya mata. Saat itu lebih besar ertinya dari selamat diijab kabulkan. Inilah saat yang paling berharga, disaat kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk hampir dengan-Nya. Hampirilah Dia dalam keadaan kita meletakkan sepenuh kerendahan diri kita. Adulah kelemahan dan kekurangan diri kita dan mohonlah kelebihan kekuatan untuk melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Saat ini segala pengaduan kita Allah pandang dengan penuh kesukaan dan kasih sayang. Mungkin saja dengan penuh belas kasihan. Subanallah...jangan disia-siakan peluang ini. Jangan sesekali begitu. Amat besar kerugiannya.
Assalamualaikum brother...mungkin perkara yang saya ingin kongsi di sini adalah sesuatu issue yang mungkin tampak remeh temeh pada sesetengah pihak tetapi tak mengapalah,selaku saudara baru, saya percaya banyak lagi perkara yang harus saya dalami. Iman...rasa kehambaan, semuanya berkait & kembali kepada diri sendiri yakni HATI kita. Saya mengaku kadangkala, saya merasakan diri ini begitu bahagia dan hampir dengan NYA tetapi sekali sekala diri saya merasakan saya tidak layak langsung bergelar hambaNYA. Adakah normal untuk berperasaan begini sebenarnya ya?
Assalamu'alaikum sahabat...janganlah merasa sukar dalam setiap ujian yang tuhan berikan.Rasailah setiap kasih sayang melalui kesukaran itu kerana setiap ujian diturunkan Allah dengan perasaan kasihnya untuk kita.setiap ujian yang diberi untuk hamba yang dipilihnya adalah untuk hadiah yang bakal diberi..Hikmahnya,Nikmatnya dan Darjatnya buatmu....ujian itu bukan sekadar untuk membuatkn dirimu lebih teguh dalam terus memperjuangkan agamamu,malah lebih beriman agar terus merasa dekat dengan-Nya....katakanlah Dan sebutlah zat2 Allah melalui zikir...nanti kamu Akan jumpa Dan rasai kekuatan yang akan Allah kirimkan dan sampaikan untukmu....subhanallah,walhamdulilah,walailahailallah,Allahuakbar....lafazkan,sebutkan...disinilah kekuatan itu akan datang serta kekalkan amalan istiqomah....disitulah kekuatan itu Akan datang...menangislah...menangis ketika merasai ujian itu...menangis kerana berapa Allah itu sayangkan kamu....itu adalah tangisan gembira kerana dipilih Allah untuk merasai kasih sayangnya...Ketahuilah kamu bukan keseorangan ketika sedang diuji dan ketika sedang dalam kesedihan...kerana Allah sentiasa bersama cuma kita x menyedarinya...aku sahabatmu juga merasainya.Malah sejak azali lagi.Itulah yang aku lalui dan rasai malah aku lakukan perkara yang sama.Alhamdullilah aku merasai kekuatan Dan semangatnya.Kini aku mahu berkongsinya agar kamu berjaya melaluinya dengan tabah baik sekarang mahupun apa jua dugaan yang bakal mendatang.....insya Allah....Syukur Alhamdulillah....