Category:

Kepada tetamu-tetamu yang dikasihi..ikuti perkembangan dakwah saya melalui fb saya di Muhd Allly atau muhd_ally80@yahoo.com.tm kasih atas kunjungan ke blog ini.

Mujahadah Menghampiri DIA !

Category:

Sukar benar untuk merasai hakikat kehambaan bagi kita disisi Tuhan Yang Maha Pencipta. Terkadang hati merasakan terlalu hampir dengan-Nya. Namun sering kali hati ini merasakan terlalu jauh daripada-Nya. Ya, yang terlalu jauh itulah yang membuatkan hati ini sombong ketika berhadapan dengan Tuhannya. Subahanallah...sering kali saya melihat kebanyakan dari manusia yang diketika saat dia terlalu hampir dengan Allah, tetapi hakikatnya dia sedang menjauhi dirinya dari Tuhan Yang Maha Penyayang. Bagaimana boleh berlaku begitu ya?
Tiada saat yang paling indah bagi seorang hamba disisi Tuhannya, ialah ketika bersujud didalam solat. Ya, saat itu lebih besar ertinya dari mendapat cahaya mata. Saat itu lebih besar ertinya dari selamat diijab kabulkan. Inilah saat yang paling berharga, disaat kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk hampir dengan-Nya. Hampirilah Dia dalam keadaan kita meletakkan sepenuh kerendahan diri kita. Adulah kelemahan dan kekurangan diri kita dan mohonlah kelebihan kekuatan untuk melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Saat ini segala pengaduan kita Allah pandang dengan penuh kesukaan dan kasih sayang. Mungkin saja dengan penuh belas kasihan. Subanallah...jangan disia-siakan peluang ini. Jangan sesekali begitu. Amat besar kerugiannya.




Category:


Alhamdulillah, manuskrip buku ke-2 saya baru sahaja disiapkan. Kini dalam proses editing di PTS Islamika oleh Ustaz Rohidzhir Rais. Travelog Hijrah mungkin akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini. Ia adalah kesinambungan kepada buku pertama saya yang berjudul Travelog Syahadah yang mendapat sambutan amat menggalakkan dipasaran semenjak diterbitkan pada Julai 2010. Dapatkan info lanjut di website PTS untuk mengetahui perkembangan terkini tentang buku Travelog Hijrah...Penghijrahan Seorang Mualaf Menyingkap Keindahan Islam.
Kini telah memulai penulisan buku ke-3 yang berjudul Menuju Puncak Impian...buku yang saya karangkan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang 8 tahun saya mendalami ilmu dan berkecimpung dalam bidang dakwah. Buku ini sebagaio satu rujukan dan motivasi kepada pelajar-pelajar dan remaja-remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dengan rintangan demi mencapai impian masing-masing.
sekian, terima kasih dari saya kepada semua pembaca Travelog Syahadah.

.Top 50 Julai 2010.... Alhamdulillah

Category:


Alhamdulillah...... tiada kata yang paling indah mampu kuungkapkan melainkan sejuta kesyukuran atas keizinannya yang terlalu indah dan bermakna ini..... Sekalipun bukuku masih terlalu baru di pasaran.... Tiada daya dan upaya melainkan Engkau jua Ya Allah....


Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan oleh mereka yang terlibat.. Jazakumullahu khairan jaza'....

1. Memasak Sehebat Chef: Rendang
2. Senangnya Memasak: Puding & Desert
3. Senangnya Memasak: Ayam
4. Senangnya Memasak: Nasi
5. Senangnya Memasak: Kuih Kukus
6. Senangnya Memasak: Mi, Mihun & Kuetiau
7. Senangnya Memasak: Ikan
8. Peristiwa Bersejarah Ramadan
9. Senangnya Memasak: Kuih-Muih Minum Petang
10. Dahsyatnya Doa Ibu
11. Senangnya Memasak: Sambal & Sos
12. Senangnya Memasak: Kerabu & Salad
13. Senangnya Memasak: Sayur
14. Travelog Haji (Ed. Kemas Kini)
15. 101 Akhlak Rasulullah
16. Senangnya Memasak: Daging
17. Senangnya Memasak: Tauhu & Telur
18. Senangnya Memasak: Makanan Barat
19. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
20. Senangnya Memasak: Makanan Laut
21. Adab Ramadan
22. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei
23. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa
24. Senangnya Memasak...Kambing
25. Cita Rasa Malaysia: Kelantan
26. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
27. Cita Rasa Malaysia: Johor
28. Remaja@ptsone 2010
29. Aku Mahu Ain Maisarah
30. Memasak Sehebat Chef: Sup
31. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand
32. Memasak Sehebat Chef: Bubur
33. Hidangan Terbaik Dunia: Siam

34. Travelog Syahadah

35. Sarah Dan Duit Raya
36. Hidangan Terbaik Dunia: Singapura
37. Sepasang Kasut Untuk Sahabat
38. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
39. Imejku, Caraku, Gayaku...Anggun
40. Perang Badar: Perang Penentuan
41. Ajaibnya Sedekah
42. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
43. Kuasa 4
44. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
45. Khalifah-khalifah Yang Benar
46. Diari Ramadan
47. Gadis Piano
48. Komik-M: Baju Raya Dari Syurga
49. Lelaki Berkasut Merah
50. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa



Potret Perjalanan Seorang Pendakwah

Category:




Buku " Travelog Syahadah "

Category:

Alhamdulillah, tiada yang mampu di ucapkan untuk menzahirkan kesyukuran ke atas karya penulisan pertama hasil tangan sendiri yang akan terbit pada 10. Jun ini dan akan berada di pasaran pada pertengahan Jun ini.

Buku " Travelog Syahadah " ini mengisahkan tentang liku-liku dan suka duka perjalanan hidup seorang insan yang Allah kurniakan dengan petunjuk semulajadi ( rasa ) secara fitrah, inginkan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan. Namun segala-galanya telah musnah dan impian itu terkubur terus dari diari kehidupan.

Namun ternyata kasih sayang Allah terlalu besar dan luas...di saat segala-galanya kian jauh dan semakin jauh...Allah menunjukkan beberapa tanda-tanda kekuasaan-Nya, sehingga meyakinkan insan ini bahawa agama Islam itu adalah benar. Namun, sukarnya untuk merealisasikan keyakinan itu, kerana karenah pelbagai jenis manusia yang hiprokit...tiba-tiba keyakinan itu semakin tipis dan beransur-ansur hilang.

Namun, hikmah di sebalik Ramadhan terlalu besar ertinya..sehingga mampu menarik kembali keyakinan itu, lantas Allah memberikan suatu petunjuk yang terlalu sukar untuk di tepis...maka, terciptalah suatu langkah demi merialisasikan " impian " berbekalkan keyakinan yang tinggi, bahawa Allah telah memberi " hidayah " dan perjalanan ke suatu tempat yang tidak pernah dijejaki dan tiada siapa pun yang di kenali disana..Allah bersama-samaku di sepanjang perjalanan itu. Perjalanan untuk mengucap dua kalimah " syahadah ".

Subahanallah...terlalu indah untuk di susuri kembali perjalanan itu. Air mata yang menitis di saat saya sedang menulis artikel ini menyatakan perasaan tersebut.

Terima kasih buat isteri tercinta yang banyak memberi dorongan untuk menyiapkan buku ini. Tak lupa terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Mohd Pahrol Juoi dan Ustaz Rohidzir Rais di PTS.

Sekian dari saya :



Muhammad Rasyidi Abdullah
muhd_ally80@yahoo.com

Duri-Duri Di Sepanjang Perjalanan

Category:


Perjalanan kehidupan manusia terlalu unik dan indah. Kelihatan begitu sukar untuk di mengertikan, namun tidaklah terlalu sukar andai saja kita memahami, menghayati justeru menyedari dengan penuh rasa kagum dan merendah diri, kerana hakikatnya kita adalah hamba. Ya, di sebalik kelebihan yang dikurniakan Allah, kita gunakan untuk membuktikan pengabdian diri ke tahap yang mutlak kepada-Nya. Kekurangan diri menjadikan kita sentiasa mengharapkan rahmat dari-Nya, bukankah pengharapan ( ar-raja' ) itu sifat seorang hamba yang sentiasa meletakkan pergantungan diri pada Tuhannya.

Mari sejenak kita menganalisis perjalanan kehidupan kita di alam dunia. Alam yang penuh dengan duri-duri yang melingkari perjalanan kita. Di sanalah, terkadangnya kita gembira, terkadang kita berduka. Terkadang kita tersenyum, terkadang kita menangis...terkadang perjalanan ini terasa terlalu lapang, namun terkadang rasanya terlalu sempit. Subahanallah...mengapa begitu ya..? Itulah hakikat ujian dari Tuhan kepada hamba-Nya. Semua itu merupakan ujian yang sepatutnya di lalui dengan penuh kesedaran. Sedar bahwa ianya ketentuan dari Tuhan, sama ada baik atau buruk.

Ujian itu sayogianya dilihat dari sudut positif, jangan sekali-kali menilai dari sudut negatif. Mengapa tidak kita tanamkan pada diri kita bahawa ujian itu adalah guru yang paling hampir dengan kita. Tugas seorang guru adalah sebagai seorang pendidik. Maka, ujian itu adalah didikan dari seorang guru yang berlaku hasil dari kehendak atau ketentuan guru Yang Maha Besar, iaitu Allah yang menjadikan kita justeru menghidupkan akan kita. Mengapa hari ini ketika kita di uji oleh Allah, kita mula mencari dan meletakkan kesalahan di bahu orang lain. Tetapi terlalu sukar untuk kita bermuhasabah diri, akhirnya...kita lupa sama sekali bahwa di sebalik ujian itu, hikmah tetap ada bahkan terlalu besar jika dibandingkan dengan ujian tersebut.

Nabi s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang Allah kehendaki akan kebaikan, nescaya Allah akan timpakan musibah keatasnya ".

Bunyinya seperti aneh yaa? Mengapa perlu ditimpakan musibah andai Allah inginkan kebaikan ke atas seorang hamba-Nya. Jawapannya, ia berkisar kepada didikan dari Allah. Didikan tentang sabar dan redha. Bukankah Allah menjanjikan pahala yang tidak terkira banyaknya dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar, namun tidak bagi orang yang berputus asa. Redha dengan ketentuan Allah, perlu di dahului dengan berbaik sangka dengan-Nya. Ingatlah, Allah di sisi hamba-Nya mengikut prasangka seorang hamba terhadap-Nya. Ya, andai saja kita sabar dan redha, Allah pasti tidak akan mensia-siakannya kerana sabar dan redha itu lahir dari keyakinan diri yang tinggi kepada Tuhan-Nya. Keyakinan itulah yang Allah intai atau tlik pada hati tiap-tiap dari hamba-Nya.

Firman Allah Taa'la ; " wa maa bikum min ni'mati faminnallah "
Maksudnya : " Dan segala nikmat yang ada pada kamu ( adalah datangnya ) daripada Allah "

Di saat kita sering dilimpahi kegembiraan dan kesenangan, kita lupa untuk bersyukur. Terkadang orang soleh pun mula menjauhi Tuhannya di saat dilimpahi dan dipenuhi keinginan hidupnya. Jangan begitu, ia hanya menunjukkan keegoan kita di hadapan Allah. Keegoan itu adalah sifat yang dicetuskan oleh Iblis la'natullah.

Nabi s.a.w bersembahyang malam sehingga bengkak kakinya, kerna lamanya Nabi qiyam, ruku' dan sujud. Lalu ketika di tanya oleh Siti A'isyah r.a, baginda menjawab : " Apakah tidak selayaknya, aku menjadi hamba yang paling bersyukur ".

Seorang Arab Badwi yang mengerjakan tawaf, hanya berdoa dengan doa yang amat pendek sehingga menimbulkan kehairanan yang teramat sangat bagi A'mirul Mu'miniin Saidina Umar Al-Khattab r.hu.

Doa Arab Badwi tersebut :" Allahumma jaa'ni minal qaliil "
Maksudnya : " Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku dari kalangan orang yang sedikit ".

Sekali lagi bunyinya seperti aneh ya?

Jawapannya, tidak dan sekali kali tidak. Kerna Arab Badwi ini telah pun melalui jalan yang lurus lagi yang di redhai Tuhannya. Jalan yang telah lama Tuhan tunjukkan, iaitu melalui Al-Quran dan Allah utuskan seorang nabi dan rasul untuk memberi petunjuk bagaimana cara untuk melalui jalan tersebut. Itulah jalan sunnah, seribu satu rahsaia yang tersurat dan tersirat. Itulah sebaik-baik cara untuk melalui jalan yang dilingkari pelbagai halangan yang terkadang perjalanan itu rasanya terlalu lapang, terkadang rasanya terlalu sempit. Namun, yakinlah bahawa rahmat Allah jauh mengatasi murka Allah, andai saja kita jangan merasa aman dengan kemurkaan dari-Nya.

Firman Allah Taa'la ; " wa qalii lummin i'baadi yasy syakuur "
Maksudnya : " Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur ".

"Allahumma jaa'lna minal qaliil...ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang yang sedikit"
Amiin..yaa rabbal a'alamiin...




Erti Penyaksian Seorang Hamba

Category:













Setiap dari manusia sama ada secara rela atau terpaksa, pasti akan melalui dan berpindah dari satu alam ke alam yang lain. Megapa begitu ya? Jawabnya, kerana ia adalah ketentuan Allah Taa'la.

Di alam roh, alam pertama lagi sebenarnya kita telah membuat satu penyaksian yang besar di sisi Allah Taa'la. Penyaksian yang Allah rakamkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya : " Adakah kamu bersaksi bahawa Aku adalah Tuhan kamu? Menjawab ( roh ) : Bahkan, kami bersaksi ( bahawa Kamu adalah Tuhan kami )".

Kemudian kita berpindah ke alam kandungan yang menyaksikan kehebatan Allah sebagai Yang Maha Pencipta. Bermula daripada sititis air mani ( sperma ), perlahan-lahan dan secara berperingkat kita dibentuk sebagai manusia yang dijadikan Allah sebagai sebaik-baik kejadian. Keajaiban proses embriologi sepatutnya dilihat, disedari dan dirasai dengan penuh keagungan dan keinsafan. Bukan sebagai bahan tontonan atau kajian semata-mata.

Kemudian kita dilahirkan kedalam dunia juga secara rela atau terpaksa. Alam dunia, alam yang penuh dengan ujian dan dugaan, pahit dan manis serta suka dan duka. Sedar atau tidak, alam dunia adalah tempat Allah menguji hamba-hamba-Nya. Justeru itulah, Imam Al-Ghazali mengumpamakan perjalanan hidup di dunia ini seperti sebuah pelayaran di lautan yang luas. Ketika dalam pelayaran, tiba-tiba kelihatan sebuah pulau yang begitu indah. Lalu Nahkoda bahtera meminta semua anak-anak kapal turun ke pulau tersebut dan mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan untuk meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang telah ditentukan.

Ketika masa untuk kembali semula ke bahtera, Nahkoda telah bersedia untuk melihat dan bertanya kepada anak-anak kapalnya, apa dan berapa banyak bekalan yang mampu dikumpulkan? Maka anak-anak kapal tersebut kembali dalam keadaan 3 golongan :

Golongan pertama : Golongan yang turun di pulau tersebut, lalu merasa takjub dan terpesona dengan keindahannya. Mereka leka menikmati keindahan pulau tersebut, sehingga lupa kepada tujuan sebenar mereka. Mereka akhirnya kembali dalam keadaan tidak membawa apa-apa. Mereka adalah golongan yang paling rugi ( celaka ).

Golongan kedua : Golongan yang turut takjub dan terpesona, sempat menikmati keindahan pulau tersebut. Tetapi sebelum tiba waktu untuk kembali ke bahtera, mereka tiba-tiba tersedar. Tersedar dengan tujuan asal mereka. Lalu mereka kembali membawa bekalan yang teramat sedikit. Mereka juga termasuk dari golongan yang rugi, namun masih dapat memanfaatkan masa-masa terakhir untuk mencari bekalan.

Golongan ketiga : Golongan yang turun di pulau tersebut, melihat keindahan jua, namun sekali-kali mereka tidak takjub dan terpesona. Mereka terus berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa balik ke bahtera. Mereka kembali dalam keadaan membawa bekalan yang banyak. Merekalah dari kalangan golongan yang beruntung.

Firman Allah Taa'la yang bermaksud :" Dan tidaklah Kami menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Kami".

Ibadah memberi makna berbakti atau berkhidmat. Jelas, tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah Taa'la dalam erti kata mengabdikan diri kepada-Nya. Seringkali kita salah memahami konsep ibadah. Seolah-olah ibadah hanya merujuk kepada solat,puasa,haji,zakat dan laian-lain. Bukankah Islam itu " the way of life " ? Ibadah umum merujuk kepada tanggungjawab atau tugas dalam apa pun bidang yang kita ceburi. Baik dalam sektor pendidikan, perniagaan, industri, pentadbiran mahu pun politik. Semua akan dikira sebagai ibadah, andai saja niat kita ikhlas dan kaedah kita bertepatan dengan syara'.

Allah memberi nikmat yang tidak terhitung selama 24 jam tanpa berhenti. Justeru itu, menjadi kewajiban bukan suatu pilihan untuk kita sentiasa berada dalam keadaan beribadah. Orang yang hanya memperuntukkan sedikit masa untuk Allah, tidak ubah seperti kebanyakan manusia yang hanya memberikan tulang atau kepala ikan sahaja kepada kucing. Bukankah kucing juga adalah makhluq Allah yang dikurniakan Allah dengan naluri sepertimana manusia?

Aneh ya...mengapa terjadi begitu? Jawabnya, kerana kita tidak kembali kepada asas penyaksian kita dengan Allah ketika di alam roh. Ya, penyaksian itu tidak berakhir di sana, tetapi setiap hari kita mengulanginya kembali. Cuma kita yang tidak sedar, justeru bagaimana mampu untuk dirasai jika kita tidak menyedarinya?

Firman Allah Taa'la yang bermaksud : " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan Sekalian Alam."

Seterusnya kita bersaksi sekali lagi, ketika tahiyat awal mahupun akhir di dalam solat. Lafaz dua kalimah syahadah tersebut mengingatkan kita, selesai salam yang menandakan berakhirnya solat kita, namun penyaksian tersebut berkekalan sehingga solat seterusnya dan akan terus berkekalan sehinggalah berada di hadapan Allah Taa'la di akhirat kelak.

Tetapi sebelum itu, terlebih dahulu kita di perdengarkan kalimah penyaksian tersebut seawal kita di lahirkan, ketika si ayah melaungkan seruan azan dan iqamat di telinga. Seruan yang mengandungi penyaksian, justeru untuk mengingatkan kita tentang penyaksian pertama di alam roh. Besar ertinya penyaksian ini. Terlalu besar untuk di sedari dan di rasai.
Kita ungkapkan penyaksian ini tiap-tiap kali solat, tetapi aneh ya...kita tidak menyedarinya. Pertama Allah meyebut solat, kerana solat adalah tiang agama. Nabi s.a.w ketika menghadapi sakaratul maut, sempat berwasiat kepada para sahabat agar jangan sekali-kali meninggalkan solat berualang-ulang kali. Kemudian Allah menyebut ibadah, ibadah merangkumi ibadah khusus dan umum dalam ruang lingkup yang lebih luas sama ada fardhu ai'n, sunat atau kifayah. Hidupku, memberi makna seluruh aktiviti hidup dan Allah mengakhiri dengan MATI, peringatan kepada kita bahawa mati itu memberi makna kembali. Kembali kepada siapa? Kepada Allah untuk dihisab tentang sejauh mana amalan kita bertepatan dengan penyaksian kita.

Ingat, Allah itu Maha Adil. Maha Adilnya Allah Taa'la, Allah sekali-kali tidak menghukum manusia berdasarkan sifat-Nya yang Maha Mengetahui.

Firman Allah Taa'la yang bermaksud : " Dan bagi Allah ( kepunyaan ) sekalian apa yang ada di langgit dan dibumi, Dia mengetahui apa-apa yang kamu rahsiakan, mengetahui apa-apa yang kamu zahirkan dan Allah Maha Mengetahui setiap perbuatan yang kamu lakukan."

Allah menjelaskan dan wajib kita meyakini bahawa Allah itu bersifat Maha Mengetahui. Namun Maha Adilnya Allah, Allah tidak menghukum manusia atas sifatnya yang Maha Mengetahui. Tetapi Allah mendatangkan saksi-saksi terlebih dahulu. Saksi dari kitab catatan amal, para malaikat bahkan anggota tubuh badan kita akan menjadi saksi terhadap segala perbuatan kita di atas muka dunia.

Sabda Nabi s.a.w : " Sesungguhnya dunia itu manis dan indah, dan sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah didalamnya, maka Allah melihat segala apa yang kamu lakukan ( diawasi )".


Ketahui, fahami dan sedari kembali penyaksian kita..Insya Allah kita akan dapat merasai betapa penyaksian itu akan mengubah matlamat dan perjalanan hidup kita.
















Jangan Ditangisi Masa Lalu

Category:


Seorang sahabatku di alam maya berkongsi suatu rahsia hidupnya. Rahsia hidup yang penuh dengan kisah kekecewaan, penganiayaan dan menyedihkan. Akhirnya, dia lebih suka berkawan di alam maya. Sukar benar baginya untuk memiliki kawan-kawan di alam realiti. Terlebih lagi seorang lelaki yang akan mengisi kekosongan hidupnya lantaran suatu perasaan yang Allah jadikan secara semula jadi kepada setiap insan. Kenangan masa lalu, benar-benar menghantui dirinya. Mengapa ini berlaku ya?

Mengingati masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Mengapa? Kerana ia boleh mematikan keinginan dan membinasakan masa depan seseorang. Bagi orang yang cerdik, kenangan yang melibatkan kekecewaan, kesedihan dan kegagalan sepatutnya dilipat dan disimpan sahaja, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung didalam penjara kelupaan. Sedalam mana pun kesedihan kita tatkala mengingati kisah lalu, ia tidak mungkin kembali, di ubah atau diperbaiki kerana ia adalah sesuatu yang telah berlalu dan tiada.
Imam Al-Ghazali menanyakan soalan kepada anak-anak muridnya :
" Apakah yang paling jauh? ". Pelbagai jawapan di berikan, namun Beliau menjawab.
" Yang paling jauh adalah masa lalu ( yg telah berlalu ".


Jangan membiarkan hidup dihantui masa lalu, jangan biarkan diri dibayangi oleh sesuatu yang telah pun berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lalu. Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menanggisinya akan membuatmu terbakar dalam apinya. Bersedih kerana mengingati masa lalu sama saja dengan meletakkan diri berada di dalam tragedi dan kemelut yang dahsyat dan menakutkan.

Tetapi tidak salah juga, andai kita mengingat kembali masa lalu. Jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar yang bermanfaat bagi diri dan sekalian orang yang tersayang. Bukankah Nabi s.a.w mengingatkan kita : " Orang yang beriman, sekali-kali tidak akan masuk ke dalam lubang biawak ( kebinasaan )sebanyak dua kali." Mengingati kembali justeru bersedih dan menanggisi kisah lalu, boleh saja di umpamakan sebagai menghumban diri ke dalam lubang biawak yang telah pun dimasuki tanpa kerelaan. Namun tekadkan dalam diri, kenangan masa lalu bukan untuk di tanggisi, tetapi untuk diambil pengajaran dan iktibar agar kita tidak mengulanginya.

Lebih menakutkan dengan perbuatan kita yang sering bersedih dan menangisi masa lalu itu, membuatkan kita lupa, tidak bersedia dan berusaha untuk mendepani masa kini. Puncanya, hilang keyakinan diri lantaran terkongkong dengan masa lalu. Di ketika orang lain berjalan terlalu jauh ke hadapan, tiba-tiba kita masih berdiri di tempat yang sama dan berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan garisan kemenangan di hadapan. Aneh yaa...tetapi ianya benar!

Ingatlah..manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, kerana kehidupan di hadapan kita adalah pasti. Kebahagiaan hakiki yang kita impikan berada di hadapan! Bukan di masa lalu! Kita telah pun melalui dua alam, alam roh dan alam kandunagan. Kini kita sedang berada di alam dunia. Terlebih baik kita melihat perjalanan dan nasib kita di alam seterusnya, alam barzakh, alam mahsyar dan alam akhirat.



Yakinlah, setiap kesedihan dan kecewaan itu jika kita hadapi dengan sabar dan redha, Allah akan menyediakan kesudahan yang terbaik kepada kita. Bukankah kita mempunyai kitab terbaik, Nabi dan Rasul kita juga dalah utusan terbaik, agama kita adalah agama tebaik, kita adalah umat terbaik? Mengapa kita tidak meyakini bahawa janji Allah adalah janji terbaik?
Melangkahlah kehadapan bersama tuntunan terbaik yang Allah sediakan buat kita. Kegagalan, kekecewaan dan kesedihan itu jadikan sebagai motivasi untuk kita terus bergerak kehadapan. Ianya terlalu indah dikala kita melepasi ujian tersebut. Tetapi menjadi mimpi buruk dikala kita terus dihantuinya.



Masa Depan Kita Di Hadapan, Melangkahlah Dengan Penuh Keyakinan...Yakin Bahawa Kita Umat Terbaik!

Dikala Hati Dilukai

Category:


Subahanallah... hati ini terlalu unik. Terkadang tenang, terkadang gelisah dan terkadang kosong tidak terisi. Terkadang hati kita dilukai...bunyinya kedengaran seperti luahan kekecewaan yang terbit dari hati yang teramat...teramat dalam. Justeru bagaimana hendak menghadapi situasi ini? Yakinlah di sana ada hikmah tersembunyi walau pun hati ini sering dilukai...setiap insan menginginkan dirinya dicintai...dihargai...rasa bahagia, kerana ianya perasaan yang lahir dari lubuk hati setiap insan secara fitrah. Inilah yang dinamakan impian. Impian bagi setiap individu atau pasangan kerana impian itu juga salah satu kejadian Allah yang kita perlu tahu, sedar dan rasai.

Sedarilah..setiap impian itu Allah pasti lingkari dan rintangi dengan pelbagai ujian dan cabaran. Sahutlah cabaran untuk menempuhi ujian dan cabaran itu dengan penuh keyakinan. Yakin kerana kita memiliki syaria't TERBAIK di muka bumi. Yakin kerana kita memiliki kitab TERBAIK sebagai panduan dan rujukan. Yakin kerana Nabi dan Rasul akhir zaman yang di utuskan kepada kita adalah utusan TERBAIK. Yakin bahawa kita adalah umat TERBAIK. Justeru, mengapa kita tidak yakin untuk terus mendaki ke puncak impian? Bukankah kita memiliki impian TERBAIK di sisi Allah selaku individu Muslim.

Yakinlah..di sebalik kelukaan itu Allah telah menjanjikan kebahagiaan buat kita. Kerana Allah itu Maha Adil. Ujian dan dugaan itu adalah petunjuk semulajadi dari Allah untuk menarik kita mendekatkan diri kepada-Nya. Subahanallah...ujian dan dugaan itu terlalu manis dan indah, andai saja kita menyedari dan merasainya. Berbaik sangkalah dengan Allah...kebahagiaan sudah disediakan dan ditakdirkan Allah buat kita. Yakinlah...suatu hari nanti kita kan bertemu dengan insan yang mencuri hati kita...menyintai..menghargai..merindui kita dengan sepenuh hati. Yang pasti, dia berkongsi impian seperti kita.

Lupakan kelukaan dan ubati ia dengan menanam rasa syukur dan sabar. Syukur kerana masih ada insan yang menyayangi kita di sebalik hati yang telah dilukai. Sabar kerana Allah menjanjikan pahala yang tidak terkira dan kemenangan. Yang pasti..Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar dikala dia diuji.

Mari analisis pengalaman hidup saya dengan penuh keinsafan....

Pengalaman pertama :

Ketika di awal keislaman saya. Saya mengambil keputusan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di Negeri Kelantan. Perjalanan pada malam tersebut hanyalah bertemankan keyakinan bahawa Allah telah memilih saya untuk menerima hidayah Islam dan yakin Allah akan mempermudahkan segala urusan saya. Perjalanan ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur, bumi yang tidak pernah saya jejaki dan tiada siapa yang saya kenali. Menjejakkan kaki pada waktu subuh...Alhamdulillah, saya mengucap dua kalimah syahadah dan di pertemukan dengan seorang lelaki beriman lagi taat dalam kehidupan beragama. Yang pasti Beliau amat menyayangi dan menghargai saya walaupun saya berlainan bangsa tetapi berkongsi agama dan IMPIAN mencari keredhaan Allah.

Pengalaman Kedua :

Ketika saya belajar di sebuah " pondok ", makanan harian saya hanyalah nasi putih berlaukkan ikan bilis masak sambal berharga RM 1. Sesekali di tambah telur goreng. Kalau makan sedap pun..tatkala ada jemputan tahlil, cukur kepala bayi dan lain2. Hampir setahun saya belajar dalam keadaan tiada duit belanja. Sekali sekali sahaja dapat derma dari orang perseorangan. Itu pun habis untuk membeli buku, sabun,ubat gigi dan barang2 keperluan lain.

Di sebalik kesempitan itu, saya sentiasa tanamkan keyakinan dalam diri saya. Yakin Allah telah menyediakan kelapangan kepada saya suatu hari nanti. Subahanallah...hari ini keyakinan itu ternyata terbukti. Setiap kali mendapat jemputan ceramah,forum dan lain2...hidangan istimewa disediakan kepada saya. Allah membalasnya berkat sabar dan syukur.

Walaupun kini bergelar pendakwah bebas,jadual yang padat dengan kuliah mingguan, ceramah jemputan, program pelajar sekolah mahu pun seminar...saya masih seperti ketika saya belajar dalam serba serbi kekurangan dahulu. Di rumah jika tiada jemputan ceramah, saya lebih senang menikmati makan tengah hari berlaukkan sup telur atau telur goreng sahaja bercampur kicap.

Yakinlah Dengan Janji-Janji Allah, Kerana Janji Allah Itu Adalah Benar

Bahagiakah Anda?

Category:

Berbicara soal cinta...cinta adalah sesuatu yang indah. Kerana cinta itu bermula di syurga. Cinta lahir dari hati tiap-tiap manusia secara fitrah. Allah menjadikan rasa cinta di dalam penciptaan manusia, namun Allah juga menjadikan perasaan benci. Allah yang menciptakan dan menghidupkan Nabi Adam a.s, justeru Allah jualah yang amat memahami kesunyian Nabi Adam. Cinta adalah perasaan yang lahir dari lubuk hati secara fitran untuk merasa sedikit dari nikmat hidup. Nikmat berkasih sayang, rindu, dihargai dan nikmat berkeluarga.

Namun disebalik keindahan cinta, terselit dan tersembunyi seribu satu kedukaan dan kekecewaan. Mengapa terjadi begitu ya? Kerana kita tidak belajar dari peristiwa percintaan antara Nabi Adam dan Siti Hawa. Lantaran dari menurut kata-kata Siti Hawa kerana cinta yang mendalam, akhirnya Nabi Adam yang telah sekian lama menghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan telah di keluarkan dari syurga. Semuanya bermula dari pujuk rayu hamba Allah bernama Iblis. Tidak secukup setakat itu, Iblis terus merencanakan tipu daya sehingga berlakunya pembunuhan pertama di muka bumi. Pembunuhan yang tragis, antara saudara kandung sendiri. Juga kerana cinta. Tipu daya itu akan berkekalan sehingga hari kiamat.

Memasuki alam percintaan sememangnya indah. Di sebalik rasa cinta yang mendalam, lahir pula keinginan untuk beroleh kebahagiaan. Keinginan itu di namakan impian...impian setiap individu mahu pun pasangan. Impian juga lahir dalam jiwa tiap-tiap individu secara fitrah. Namun, mengapa tatkala pasangan selamat diijab kabulkan, impian itu menjadi pudar. Lebih dahsyat lagi pabila ianya berkecai sama sekali. Mengapa ini berlaku ya..?

Mari kita analisis bersama dengan penuh keinsafan...

1. Pasangan tidak mempunyai matlamat hidup dan hubungan yang jelas. Matlamat hidup seperti yang di katakan oleh Sheikh Idris al-Marbawi : " Hidup semata-mata untuk hidup". Hidup yang sekadar memiliki kerjaya, kediaman, kenderaan, kemewahan dan hiburan. Lupakan tentang dosa atau pahala, azab atau nikmat, syurga atau neraka. Yang penting muda cuma sekali, so...kita enjoy...( ucapan pelakon utama sitcom bersiri PUTERI ). Perlu anda tahu dan sedar,matlamat hidup akan mencorakkan pemikiran, pemikiran akan melakarkan strategi dan strategi akan melakarkan tindakan.

2. Pasangan terlalu mengambil mudah dalam masalah agama. Akibatnya, iman semakin tipis. Taqwa jauh sekali. Konflik yang berlaku dalam setiap pasangan tidak dilihat melalui sudut agama. Maka syaitan beraja di hati. Bgaimana syaitan mampu menwan hati anda? Kerana aqal fikiran anda merupakan bendahara atau penasihat kepada raja. Salah memilih penasihat...durjanalah akibatnya!

3. Pasangan memilih role model yang salah. Role model yang berjaya dalam serba serbi kehidupan, tetapi menjauhi kehidupan beragama. Agama hanya diamalkan pada waktu dan tempat tertentu sahaja. Berapa ramai dari kalangan selebriti popular tanah air yang mengikut cara hidup selebriti barat sama ada melalui fesyen, ucapan, pemikiran hatta melibatkan perkahwinan. Akhirnya kebahagiaan mereka ternoktah jua, walau pun suatu ketika dulu di uar-uarkan di media massa bahawa merka adalah pasangan selebriti yang paling bahagia. Bahkan pernah di labelkan sebagai pasangan artis paling...paling...bahagia dan ideal. Akhirnya mereka bercerai jua.

Mungkin ada yang bertanya : " Bukankah jodoh itu ditangan Tuhan?"
Aneh yaa...di ketika kita hidup sebagai suami isteri dalam keadaan menjauhi cara hidup Islam, tatkala kita bercerai...tiba-tiba kita menggunakan ketentuan Allah sebagai alasan. Mudah sekali jawapannya. Apakah Allah tidak mengajar dan mendidik kita bagaimana memilih pasangan, melayari bahtera rumah tangga dan jalan penyelesaian terhadap apa jua persengketaan? Mudah sekali kita menjawab...seolah-olahnya kita telah meletakkan Allah di belakang. Pemilihan pasangan sahaja sudah jauh dari kehendak Allah, cara hidup berkeluarga pun jauh dari syaria't Islam dan jalan penyelesaian pun tidak merujuk kepada kaedah Islam.
Ia hanyalah jawapan dari orang yang dungu lagi berfikiran celaru.

Umpama seorang penguatkuasa yang menahan seorang wanita kerana kesalahan melacur. Penguatkuasa tersebut bertanya : " Mengapa awak melakukan pekerjaan terkutuk ini?"
Maka si pelacur pun menjawab: " Nak buat macam mana, ini ketentuan Allah buat diri saya?"
Mengapa mudah kita menjawab begitu. Bukankah Islam itu membawa syaria't yang lengkap lagi sempurna. Syaria't atau syari'ah berasal dari kata dasar syari' yang memberi makana jalan seperti mana thari". Maka syaria'h memberi makna jalan agama. ( menurut Kitab bahrul Mazi )

Justeru itu, apakah kebahagiaan sebenar menurut perspektif Islam. Mari kita analisis bersama...

1. Suami dari kalangan orang yang soleh
2. Isteri dari kalangan orang yang solehah
3. Anak-anak dari kalangan anak yang soleh dan solehah
4. Sahabat-sahabat ( kenalan rapat ) dari kalangan lelaki dan wanita yang soleh dan solehah
5. Rezeki dari sumber yang halal semata-mata

Keliru dalam memahami kebahagiaan di dalam sesebuah keluarga Muslim adalah kerana melihat dari sudut pandangan barat yang telah merosakkan permikiran mereka. Bagaimana ya?

1. Suami isteri yang mempunyai kerjaya yang baik
2. Kediaman yang serba-serbi lengkap
3. Memiliki beberapa buah kenderaan
4. Mempunyai simpanan atau pelaburan di institusi kewangan
5. Anak-anak berjaya dalam pelajaran dan memiliki kerjaya yang baik
6. Sekali sekala di hujung minggu dan cuti umum, mampu bercuti di dalam atau luar negara.

Inilah kebahagiaan yang dinilai mengikut acuan orang-orang kafir. Acuan ini mula tersebar dan dari hari ke sehari, ia mula bertapak di kebanyakan institusi kekeluargaan Islam. Semuanya bermula dari matlamat hidup individu yang tidak jelas, kemudian di bawa ke institusi kekeluargaan, masyarakat dan seterusnya ke peringkat negara. Natijahnya...kerosakkan dalam masyarakat Islam semakin parah di setiap peringkat usia dan profession.

Mari kita bersama memperbaiki kerosakkan ini dengan bermula dari DIRI SENDIRI

Apakah Impian Anda, Termakbulkah ?

Category:


Beberapa bulan yang lalu, aku menonton rancangan Oprah Winfrey's Show di NTV7.
Entah kenapa, aku tiba-tiba begitu teruja, kagum dan sesekali sebak. Fokus rancangan tersebut kali ini kepada seorang remaja perempuan. Charice Pempengco dari Filipina. Mari soroti kisah hidup seorang remaja yang kini menjadi kebanggaan rakyat Filipina.



Charice adalah seorang budak kampung biasa yang mempunyai suatu impian seperti juga budak-budak lain. Di besarkan oleh seorang ibu dalam keadaan serba serbi kekurangan. Hampir-hampir kehilangan rumah kediaman kerana tekanan kos sara hidup. Namun Charice tetap mengimpikan agar impiannya akan termakbul suatu hari nanti. Impian menjadi seorang penyanyi. Menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di merata tempat di Filipina. Hasil dari hadiah yang tidak seberapa di berikan kepada ibunya. Impiannya untuk menyelematkan rumahnya merupakan impian murni dari seorang anak yang masih berusia belasan tahun di ketika itu.



Keajaiban berlaku, bakat Charice telah di kesan oleh Oprah ketika melihat video nyanyian Charice di YouTube. Oprah terkejut, seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, suara yang serupa dengan Celine Dion. Bahkan Charice pernah melukis gambar dia dan Celine Dion ketika masih menetap di kampung halaman. Oprah tidak berdiam diri. Pertemuan diaturkan. Oprah ingin mendengar nyanyian Charice secara live di hadapannya.
Ternyata, benar apa yang ditontonnya di YouTube.



Oprah tidak berdiam diri selepas itu, sesuatu perlu dilakukan untuk budak ini, katanya. Oprah akhirnya menghubungi David Foster, seorang Komposer Muzik terkenal dunia. David Foster buat pertama kali mendengar nyanyian Charice, tergamam. Kini keajaiban yang disampaikan oleh Oprah ternyata benar-benar terjadi dihadapannya. Lalu David Foster mengorak langkah ke hadapan. Terus mengasah bakat dan mencipta lagu buat Charice. Tetapi suatu perkara yang amat mengujakan sesiapa yang menonton rancangan tersebut ketika Charice di menjadi tetamu di rancangan Oprah, Charice di kejutkan dengan kehadiran penyanyi impiannya secara live melalui screen video. Itulah dia Celine Dion. Charice diundang untuk menyanyi bersama-sama dengan Celine Dion di konsert besar-besaran yang diadakan di Las Vegas.



Hari ini, fenomena Charice dalam bidang seni di Eropah menjadikan ramai manusia demam. Demam seperti mana akan hadirnya World Cup 2010 mulai Jun ini. Apa pun tahniah buat Charice. Mungkin kerana impiannya yang murni ingin membantu ibunya dan menyelamatkan rumahnya yang hampir-hampir hilang, akhirnya Tuhan memakbulkan satu impian yang sebelumnya menjadi bahan ketawa rakan-rakannya. Segala hajat dirinya, ibunya dan seorang adik lelakinya dapat di tunaikan kini.



Persoalannya : Apakah impian anda selaku seorang individu Muslim ?



Setiap daripada kita pasti mempunyai impian yang tersendiri. Saya sendiri secara jujur ketika masih di sekolah rendah juga telah pun memasang impian. Impian untuk menjadi seorang guru dan memiliki sebuah kereta. 23 tahun saya hidup dalam keadaan jahiliyah, tanpa pendidikan yang tinggi, ilmu yang cetek, kebolehan yang tidak dapat dikesan. Namun impian tetap impian. Disaat impian tersebut telah pun berkubur. Tiba-tiba berlaku satu keajaiban. Keajaiban yang menerangi kembali impianku di suatu ketika dulu.



Alhamdulillah....Allah memberiku hidayah untuk menerima Islam. Ketika aku ditanya oleh Ustaz Uda Kassim ( seorang penceramah yang sering muncul di kaca TV dan media cetak ), aku menjawab dengan jujur : " Saya ingin mendalami ilmu Islam sehingga saya boleh mengajarkan kepada orang lain."



Hari ini, Allah memakbulkan impianku ketika masih kecil, impian untuk menjadi seorang guru. Siapa sangka, dulu aku hanyalah seorang budak kampung dan pemuda yang tidak mempunyai masa depan yang cerah, kini bergelar seorang " Ustaz " yang sering menerima jemputan ceramah di merata tempat. Dulu aku seorang yang tidak di kenali ramai, hari ini aku mempunyai ramai sahabat dari pelbagai profession. Alhamdulillah...semua itu adalah anugerah Allah. Lebih bernilai daripada anugerah yang Allah kurniakan kepada Charice di sebalik kemayuran Charice di seluruh dunia. Apa pun, mudah-mudahan Charice di anugerahkan hidayah Allah seperti mana Allah menganugerahkan kepada Yusof Islam dan Micheal Jackson.



Subahanallah...begitulah hakikat perjalanan kehidupan kita. Tiada siapa yang mampu meramalkan masa depan. Apa pun, kita perlu membuat persedian untuk masa depan kita kerna masa depan yang akan kita lalui itu adalah pasti. Dan kemuncak masa depan kita adalah di " akhirat ".



Imam Qurthubi merakamkan di dalam Tazkirah Al-Qurtubi dengan mengambil mengatakan : " Sesungguhnya kamu diciptakan untuk kehidupan yang kekal abadi. Tetapi kamu akan berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain ( alam ), sehinggalah kamu akan berada di negeri yang kekal abadi "




Gunakan Anugerah Allah Pada Jalan Yang DiredhaiNYa



Warkah Untuk Majalah Al-Islam

Category: ,






Majalah Al-Islam telah memohon maaf berhubung penyiaran artikel "Tinjauan Al-Islam dalam Gereja : Mencari kesahihan remaja Melayu murtad". Saya sebagai bekas penganut Katolik dan pernah bertugas sebagai pembantu Paderi merasa terpanggil untuk memberi nasihat dan komen kepada seluruh warga majalah Al-Islam. Benar, penyiaran tersebut telah menyinggung perasaan seluruh penganut Kristian umumnya dan khusus pula kepada penganut Katolik. Namun, saya tetap berbangga dengan anda.




1. Kerana berani membuat penyelidikkan dan pendedahan. Cuma pendedahan itu tidak kena pada tempatnya.

2. Kerana anda berani untuk membuat permohonan maaf. Permohonan maaf itu sebenarnya menunjukkan anda dari kalangan umat Islam yang faham tentang tuntunan agama apabila berlakunya insiden yang melibatkan sensitiviti agama lain. Tidak ego dan bertindak secara tidak bertamadun seperti mana dalam insiden pembakaran beberapa buah gereja yang akhirnya surau dan masjid juga menjadi mangsa.

Izinkan saya dengan merendah diri untuk membuka minda anda.

1. Dalam isu penggunaan nama Allah. Saya ketika masih beragama Kristian, mengakui Tuhan itu adalah Allah. Kadang-kadang kami menggunakan Tuhan Bapa atau God, ia tetap merujuk kepada Allah. Kadang-kadang kami menggunakan terus kalimah Allah itu sendiri. Di dalam Bible sendiri terdapat penggunaan kalimah Allah dalam ayat-ayat tertentu. Bagaimana pun, dalam keadaan umat Islam hari ini, saya menegaskan bahawa saya tidak bersetuju bagi Kristian menggunakan kalimah Allah. Ini kerana dikhuatiri menyebabkan lebih banyak berlakunya kekeliruan dalam masyrakat dan umat Islam kita. Tetapi persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini? Di mana silapnya kita sebagai agama rasmi dan penganut majoriti di negara kita?

2. Dalam insiden pembakaran gereja. Ketika berlakunya perperangan di zaman Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam, Nabi sendiri berpesan kepada tentera Muslimin :

a) Agar jangan mengganggu pendeta-pendeta mereka yang sedang beribadat.

b) Agar jangan mengganggu rumah-rumah ibadat mereka.

c) Jangan mengganggu kaum yang lemah (kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua).

Di Semanjung Malaysia, penganut Islam adalah majoriti. Tetapi ingat bahawa di Sabah dan Sarawak, penganut Islam adalah minoriti. Bagaimana agak-agaknya jika berlaku insiden membalas dendam di sana? Sempatkah atau beranikah kita membantu mereka?

3. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan kepada saya untuk mengIslamkan 11 individu dan sebuah keluarga. Kini pun saya dalam proses lanjutan setelah berjaya menjinakkan 2 individu non muslim. Seorang berasal dari Sabah dan seorang lagi berasal dari Sarawak. Justeru bagaimanakah pendekatan saya menarik mereka?

a) Saya tidak menggunakan pendekatan menyerang atau mendedahkan kelemahan ajaran Kristian walaupun saya mengetahuinya. Tetapi saya menggunakan pendekatan menerangkan keindahan syariat Islam itu sendiri. Ia berhubung dengan kelebihan atau pun rahsia syariat yang ada pada Islam. Contoh :


"Bekas yang di gunakan untuk memasak atau menghidang daging khinzir. Bau hamis yang terhasil dari daging khinzir itu sama sekali tidak hilang dengan basuhan yang menggunakan sabun pencuci. Tetapi ianya hilang dengan kaedah sama yang di terdapat dalam syariat Islam. Sekali basuhan daripada air mutlak yang bercampur dengan tanah yang suci dan di ikuti dengan 6 kali air mutlak, ia mampu menghilangkan bau tersebut. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri." (salah satu contoh sahaja)

b) Saya mendekati mereka dengan dakwah melalui perbuatan. Menunjukkan akhlaq yang baik melalui tingkah laku atau pun percakapan. Inilah kaedah yang paling berkesan. Keluarga saya yang menyisihkan saya suatu ketika dulu, kini amat menyanyangi saya kembali. Abang-abang saya yang terang-terang memusuhi, menghina dan pernah menghalau saya ketika di awal keIslaman saya, kini segan dan amat menghormati saya.

Pernah ketika saya berhujah dengan abang saya, setelah keadaan menjadi normal (sebelumnya agak panas) lalu saya berkata: "Saya sampaikan kebenaran Islam ini walaupun kesannya pahit kerana saya sayangkan abang. Saya takut di akhirat nanti, abang akan mendakwa saya tidak menyampaikan ajaran Islam walaupun saya mengetahui kebenarannya." Kata-kata ini membuatkan abang saya terdiam. Riak wajahnya tiba-tiba berubah. Berubah dari wajah marah kepada wajah yang menampakkan kelembutan.

c) Menghargai kehadiran mereka dalam diari persahabatan anda. Mengambil berat tentang apa pun permasalahan dalam kehidupan mereka. Tunjukkan sikap ingin dan sedia untuk membantu mereka dengan kadar kemampuan anda.

d) Raikan mereka ketika mereka mendapat apa-apa kesukaan (apa yang diingini) dan tunjukkan simpati anda ketika mereka ditimpa musibah.

4. Budaya menyalahkan pihak gereja dalam isu murtad ini telah lama berlalu. Kini masih lagi terkongkong dengan masalah ini sejak sekian lama. Lebih baik kita perkemaskan kembali beberapa sistem institusi di negara kita.

a) Institusi pendidikan yang menitik beratkan jati diri remaja. Bukannya mengejar pencapaian akademik. Begitu juga dengan warga pendidik di sekolah-sekolah, tanamkan penghayatan Islam melalui jati diri, contoh kepada pelajar, dan keikhlasan ketika bertugas. Bukan setakat warga pendidik yang hanya memikirkan dalam masalah makan gaji semata-mata.

b) Institusi agama perlu melakar dan melaksanakan program-program yang lebih berkesan. Gunakan kaedah-kaedah terbaru untuk menarik perhatian golongan remaja. Ulama' kena sering turun ke bawah, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan di media massa atau di masjid-masjid. Kalau boleh, dampingi remaja itu sehingga ke peringkat menemui mereka di tempat-tempat yang di kunjungi oleh golongan remaja.


Cukuplah setakat ini. Letakkan noktah terakhir di catatan minda anda dengan menyalahkan pihak gereja. Apa yang pasti perlaksanaan sistem mereka lebih baik daripada kita. Walaupun sistem itu sebenarnya terbit dari kita. Koreksi kembali kelemahan kita, kerana menyalahkan pihak lain dalam keadaan kita terpalit dengan pelbagai kelemahan, hanyalah menambahkan lagi kelemahan kita.

Justeru itu, saya memohon kemaafan jika penulisan saya ini menyingung perasaan warga kerja majalah Al-Islam. Saya memberi teguran kerana saya merupakan peminat setia majalah anda setelah ketiadaan Astora Jabat.



" Bersama Memperjuangkan Islam Sehingga Akhir Hayat "

Padang A'rafah

Category:

Malam tadi selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, beberapa jemaah yang bagiku kali pertama datang mendengar siri pengajian Kitab Bahrul Mazi Jilid 17 yang saya syarahkan secara mingguan datang menegur. Ada yang kali pertama datang mendengar kuliahku dan ramai juga yang datang bertanya keadaan ibuku. Maklumlah minggu lepas aku "ponteng" sebab balik ke Kuching. Namun yang memeranjatkanku, ada seorang Pak Cik yang merupakan bekas tentera dan pernah bertugas di Sarawak. Lalu berlakulah dialog begini :

  • Pak Cik : "Ustaz asal mana, Sarawak?"
  • Aku : "Amba asal Lundu dalam bahagian Kuching."
  • Pak Cik : "Ustaz tau tak di Sarawak ada Padang Arafah. Sohor dinu."
  • Aku : "Dok tau pulok. Belah mana tu Pok?"
  • Pak Cik : "Belah Sibu Ustaz. Askar-askar semenanjung bagi gelaran Padang Arafah. Situ dataran ja. Tapi hok sohor sampai orang dok gelar Padang Arafah tu sebab ramai sangat orang kupul situ, pasal "ayam" banyok Ustaz. Kebanyakannya pompuan Iban."
Lepas itu aku berlalu menuju ke kereta untuk makan malam bersama 3 jemaah masjid. Dalam perjalanan balik ke rumah, aku merasakan amat terhina dan meluat.

  • 1. Kerana gelaran tempat aktiviti pelacuran tersebut diberi nama Padang Arafah oleh tentera-tentera Melayu dari Semenanjung yang beragama Islam.
  • 2. Cerita tersebut seolah-olah menggambarkan begitu luasnya ruang untuk aktiviti pelacuran kerana di sekeliling Dataran tersebut banyak hotel-hotel yang menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan aktiviti tersebut. Dan katanya lagi, tiada gangguan dari mana-mana Pihak.

Bagaimana tergamaknya mereka menggelarkan dataran tersebut sebagai Padang Arafah, sedangkan sebagai orang yang beragama Islam sepatutnya mengetahui betapa besarnya perhimpunan manusia di sana yang memberi gambaran perkumpulan sekalian dari manusia di padang mahsyar kelak. Di Padang Arafahlah turunnya ayat terakhir dalam al-Quran.

Ketika Nabi sedang menunggang unta di Padang Arafah, tiba-tiba unta Nabi jatuh melutut kerana beratnya menanggung ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam.
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan agamaKu bagi kamu, dan aku telah sempurnakan nikmatKu dan Aku redha Islam menjadi agama bagi kamu".
Kata Imam Ibnu Katsier : Oleh kerana Islam telah disempurnakan oleh Allah Ta'ala, maka sekali-kali Islam tidak berhajat kepada mana-mana penambahan dan mana-mana pengurangan dalam syaria'tNya.

Wallahu A'lam.

Ibu Bapa Anugerah Allah Ta'ala

Category: , ,

Petang : 16 Feb : Aku mendapat sms mengatakan ibuku sedang dalam perjalanan ke Hospital Umum Kuching menggunakan ambulan dari Hospital Lundu, Sarawak. Entah mengapa, lidahku tiba-tiba kelu dan membisu. Lalu aku terus menghubungi ayahku yang ternyata sedang menemani ibuku di dalam ambulan. Kata ayahku, keadaan ibu kritikal kerana darah beku yang terdapat didalam otak ibuku. Setelah bercakap sepatah dua, aku memberi jaminan yang aku akan cuba sampai di Kuching malam hari tersebut atau selewat-lewatnya pagi keesokkannya. Tanpa berlengah lagi, aku memecut ke Airport Gong Badak, Terengganu dan membeli tiket ke Kuala Lumpur malam tersebut dan penerbangan seterusnya ke Kuching pada jam 7.25 am.

Malam tersebut aku dihantar ke airport oleh adik iparku Zali ditemani isteriku dan anak kesayanganku. Aku cuba tersenyum gembira di depan mereka namun hatiku diundang perasaan risau dan takut yang amat sangat. Di airport, aku bertembung dengan Dato' Mohd Jidin Shafie yang merupakan sepupu kepada isteriku. Aku bersalaman dan berbual-bual, namun ternyata tiada situasi yang dapat memadamkan kerisauan yang teramat sangat dilubuk hatiku. Seharian dan semalaman aku tidak mampu melelapkan mata, kerana aku hanya ingin cepat sampai. Aku cuba untuk tidur ketika menunggu penerbangan ke Kuching semalaman, namun mataku tidak juga terlelap walaupun aku ternyata begitu mengantuk dan letih.

Tiba di airport Kuching pada jam 9.10 am, selepas melalui pemeriksaan Imigresen, aku terus bergegas ke kaunter Teksi Airport. Sampai di pintu masuk utama Hospital ,ternyata ayahku sudah menunggu. Aku turun dari teksi dan bergegas bersalaman dan mencium tangan ayahku. Kelihatan wajah ayahku memberikan senyuman, senyuman tanda hatinya lapang melihat anaknya yang jauh di perantauan tiba.

Sampai disisi ibuku, ibuku memandang ke arahku agak lama tanpa mengeluarkan kata-kata. Aku cium dahi ibuku sambil mengusap-usap tangan ibuku. Kata ayahku, ibu menjalani operation selama 4 jam petang kelmarin dan baru sahaja sedar pagi tadi dan masih tidak mampu bersuara. Seharian lagi aku tidak tidur, saudara-mara ramai yang datang menziarahi. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit kerisauan dihati.

Malam tersebut aku check-in di hotel bersebelahan Hospital, aku minta ayahku berehat di sana sementara aku dan adikku Avira menjaga ibu di wad. Namun ayahku enggan, dan aku mengalah dan terus ke hotel untuk berehat.

Hatiku sentiasa merintih dan merayu agar Allah S.W.T memberiku kesempatan untukku mengIslamkan kedua ibu bapaku. Situasi seperti inilah yang amat aku takuti, kerana kegagalan yang besar dalam hidupku sebagai seorang pendakwah agama, GAGAL mengIslamkan kedua ibu bapaku.

Justeru apa sebenarnya yang membuatkanku terlalu risau dan takut.

  • 1. Aku amat takut jika ibuku pergi dalam keadaan beragama Kristian. Sebagai seorang anak, sudah tentu aku amat inginkan kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat buat ibuku. Kini, aku cuba berdakwah melalui perbuatan kerana amat sukar berdakwah melalui perkataan (ucapan) disebabkan ibuku amat taat dan mendalami ilmu agama Kristian.
  • 2. Aku takut kalau-kalau ibuku meninggal dalam keadaan masih beragama Kristian, diakhirat esok, ibuku akan mendakwa aku kerana tidak menyampaikan dan menyeru beliau kepada Islam. Bagaimana agaknya keadaan aku ketika itu nanti?
Pada 2 tahun yang lepas, aku juga pernah bergegas pulang ke Lundu, apabila ayahku sakit dan terpaksa di tahan di wad Hospital Lundu. Alhamdulillah, Islam banyak mengajar aku erti pengorbanan seorang anak bagi membalas jasa kedua mereka. Sebelum memeluk Islam, aku tidak pernah mengambil berat soal kedua mereka bahkan langsung tidak mempedulikan mereka. Aku ingin buktikan kepada saudara-saudaraku bahawa persepsi mereka mengatakan aku masuk MELAYU adalah salah. Aku tetap berketurunan BIDAYUH dan ibu bapaku tetap ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan aku.

Pagi tadi aku menghubungi ibuku, ibuku mengingatkan aku agar sering menghubungi beliau. Seminggu sekali pun tak apa katanya. Dan pagi tadi, aku beroleh sesuatu yang amat berharga.

Ibu bapa tidak mengharapkan wang ringgit mahu pun harta benda di penghujung usia mereka, tetapi mereka mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari seorang anak seperti mana mereka memberikan perhatian dan kasih sayang kepada kita sewaktu kita kecil dahulu.

Golongan Yang Celaka

Category:

Pagi tadi saya berkenalan dengan seorang sahabat yang berasal dari Sarawak. Juga berasal dari non muslim. Kacukan Cina Iban yang akhirnya menemui hidayah. Beliau bertugas di sebuah tempat penjagaan warga emas di Cheras. Katanya, beliau menjaga warga emas ini yang tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka. Ramai sekali mereka Ustaz, katanya.

Dalam berbalas-balas mesej di facebook, saya teringat akan suatu peringatan yang amat penting untuk disampaikan kepada masyarakat hari ini. Ketika Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam menaiki anak tangga mimbar untuk membaca khutbah. Baginda tiba-tiba berhenti sejenak dan disusuli dengan bacaan, "Amin". Perlakuan Baginda diperhatikan dengan penuh kehairanan oleh para sahabat. Selesai menyampaikan khutbah, para sahabat bertanya kepada Baginda.

Lalu baginda menjawab : Aku mendengar Malaikat Jibril berdoa : "Ya Allah, Engkau celakakanlah mana-mana anak yang ketika mana masih hidup kedua ibu bapanya, tiba-tiba dia tidak berbuat baik kepada keduanya, lalu aku pun mengaminkannya".

Maka para ulama' mengatakan bahawasanya, inilah doa yang amat mustajab dan sekali-kali tidak ditolak oleh Allah Ta'ala kerana ia melibatkan dua orang makhluq yang mulia, hampir denganNya dan kedua-duanya merupakan Penghulu. Malaikat Jibril Alaihissalam merupakan penghulu bagi sekalian Malaikat dan Baginda Sollallahu A'laihi Wasallam merupakan penghulu bagi sekian Nabi, Rasul dan Manusia.

Golongan seperti ini merasakan bahawa mereka telah terlepas dari azab kepayahan kerana menghantar ibu bapa mereka yang tidak berdaya ke pusat-pusat penjagaan orang tua. Namun hakikatnya, mereka hanyalah mengundang seribu satu kepayahan hidup di dunia dan azab akhirat sedang menunggu mereka. Alangkah terpedayanya mereka ini.

Wallahu A'lam.

Rahmat Allah Taa'la

Category:

Segolongan manusia hari ini hidup dalam keadaan terlalu jauh dari rahmat Allah Ta'ala. Sedar atau tidak, betapa pentingnya rahmat Allah dalam kita menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Hari ini orang terlalu banyak berbicara tentang peranan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi. Tetapi bagi saya adalah terlebih penting kita berbicara tentang hakikat manusia sebagai hamba Allah.

Syeikh Ibnu A'thoillah (pengarang kitab al-Hikam) berkata : "Sesiapa yang meletakkan pergantungan selain daripada Allah, maka dia bukan hamba Allah."

Orang yang meletakkan pergantungan kepada harta, sehingga masanya disibukkan dalam mencari harta dan lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah, maka dia telah menjadi hamba kepada harta. Demi beroleh harta yang melimpah ruah untuk kesenangan dan jalan kepada kebahagian diri dan keluarga, mereka sanggup mengampu orang-orang yang berkuasa. Mengampu sudah tentunya menuntut keredhaan manusia sedangkan ketika seorang hamba Allah dalam hal sedemikian, kemurkaan Allah sedang ditimpa keatasnya.

Rahmat adalah suatu perkara yang amat besar dalam Islam. Golongan yang hidup dalam keadaan dijauhkan dari rahmat Allah diumpamakan seperti ikan yang hidup di dalam air, tiba-tiba mati kehausan. Ataupun lembu yang hidup di padang ragut yang luas dan subur, tiba-tiba mati kelaparan.

Begitu juga dengan manusia, Allah Subhanahu Wata'ala mengutuskan Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam sebagai rahmat yang besar berdasarkan firmanNya : "وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين". Allah bukan sahaja mengutuskan Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam bahkan di dalam perutusan tersebut diikuti dengan ad-Din (Islam) dan penurunan ayat-ayat al-Quran yang agung secara beransur-ansur sebagai tali yang kukuh antara hamba dengan Tuhannya.

Tidak cukup dengan itu, Nabi sendiri menjadi role model di tengah-tengah masyarakat yang ternyata hasil dari didikan Nabi, para sahabat yang asalnya hidup dalam kehinaan kerana jahiliyyah. Akhirnya mereka dimuliakan dengan cahaya Illahi melalui ajaran agama Islam dan ayat-ayat al-Quran yang mereka baca, amalkan dan sampaikan.

...( akan bersambung )...

Menghadirkan Rindu Pada Insan Agung

Category: ,

SELAWAT DAN MENGAMALKAN SUNNAH TANDA KECINTAAN KEPADA RASULULLAH

Saban tahun umat Islam menyambut kedatangan Maulidurrasul dengan pelbagai program.
Di peringkat apa sekali pun, mereka membuat sambutan Maulidurrasul dengan pelbagai ragam. Yang paling ketara ialah berselawat mengelilingi kampung, sekolah mahupun stadium dan sebagainya. Memerhatikan gelagat-gelagat mereka ini membuatkan saya tersenyum. Saya sendiri sering terlibat sama ada sebagai tetamu undangan mahupun penceramah menyatakan betapa besar pengertiannya mengingati akan Rasulullah.

Persolannya, adakah cukup dengan program setahun sekali tersebut, atau cukupkah dengan memanggil penceramah dan berselawat keliling kampung, sekolah mahupun stadium bagi peringkat negeri atau kebangsaan.


Jangan terpedaya atau menipu diri kita sendiri ketika kita menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai program yang kita laksanakan. Apa yang paling penting sekali adalah memberi kefahaman tentang rahsia kebangkitan Rasulullah di Kota Mekah dan rahsia Rasulullah dibangkit dalam bangsa Arab, rahsia Rasulullah dibangkitkan ditengah-tengah peradaban yang kondisinya amat parah. Rahsia 13 tahun Rasulullah berdakwah di kota Mekah dan rahsia kita berselawat keatas Rasulullah. Justeru apakah rahsia kita mengikuti sunnah Rasulullah???

Penekanan-penekanan terhadap perkara di atas sudah tidak diterapkan kepada masyarakat, institusi pendidikan, institusi kekeluargaan dan pelbagai institusi lain yang akhirnya kita mengaku sebagai ahlus sunnah wal jamaah, tetapi kita sebenarnya menyimpang dari jalan tersebut kerana tidak mengetahui rahsia atau didikan Allah Subhaanahu Wata'ala dalam perjalanan hidup junjungan besar kita Rasulullah Sollalahu A'laihi Wasallam. Tidak keterlaluan jika saya katakan, dalam kita menyambut Maulidurrasul, berlaku juga penghinaan kepada Rasulullah.

KECINTAAN DAN KERINDUAN RASULULLAH TERHADAP UMATNYA

Suatu malam, ketika Saidatina Ai'syah Radhiallahu A'nha terjaga dari tidur, didapatinya Rasulullah tiada ditempat tidur baginda. Kerana risau, dia keluar mencari di rumah Siti Fatimah Radhiallahu A'nha. Ternyata Rasulullah tidak berada disana, lalu mereka bersama Saidina Ali Karramallahu Wajhah, Hassan dan Hussin Radhiallahu A'nhuma keluar mencari Rasulullah di sekitar kota Madinah. Puas mereka mencari tetapi tidak juga mereka temui, lalu mereka pergi ke Baqi' (tempat perkuburan), dan disitu mereka terlihat suatu cahaya yang terpancar dari tanah kuburan tersebut. Mengetahuilah akan mereka bahawa cahaya itu adalah datangnya dari Rasulullah.

Ketika menghampiri Rasulullah, ternyata Baginda sedang sujud ditanah perkuburan tersebut dalam keadaan menangis. Dan dalam sujud Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasallam itu, Baginda bermunajat kepada Allah Ta'ala: "إن تعذبهم فإنهم عبادك وإن تغفرلهم فإنك أنت العزيز الحكيم"
Maksudnya : Kalau sekiranya Kamu menyeksa akan mereka, maka mereka sesungguhnya adalah hambaMu, dan sekiranya Kamu mengampunkan akan mereka, maka sesungguhnya Kamu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Inilah suatu rintihan hati seorang manusia Agung yang sentiasa menginginkan keselamatan bagi umatnya. Ternyata Rasulullah sujud dalam keadaan menangis kerana mengenangkan umatnya yang sedang berhadapan dengan pertanyaan dan penyeksaan dari malaikat Munkar dan Nakir.

Besarnya kecintaan Rasulullah kepada umatnya. Dan kata Rasulullah kepada Siti Ai'syah Radhiallahu A'nha: "Bantulah aku dengan bersujud (فاسجدوا) dan berdoa (وادعوا) dan merendahkan diri (وتضرعوا). Lalu sujudlah sekalian dari keluarga Rasulullah itu sehingga fajar terbit.

Diceritakan ketika Rasulullah sedang nazak. Lalu datanglah Malaikat Maut untuk mencabut roh Baginda. Setelah meminta izin dan dibenarkan masuk menemui Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada Malaikat Maut: "Dimanakah kamu tinggalkan Malaikat Jibril?". Malaikat Maut menjawab: "Aku tinggalkan Jibril di langit dunia". Lantas Rasulullah meminta Malaikat Maut memanggil Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Baginda Sollallahu A'laihi Wasallam. Ketika Malaikat Jibril berhadapan dengan Rasulullah, lalu Rasulullah berkata: "Terangkan bagaimanakah haq aku dihadapan Allah Ta'ala". Jawab Jibril: "Seluruh pintu syurga dan pintu langit telah dibuka dan malaikat berbaris menunggu untuk mengiringi rohmu Ya Rasulallah". Ternyata Rasulullah tidak menunjukkan riak wajah yang gembira. Lalu Rasulullah berkata lagi: "Terangkan bagaimanakah haq umatku dihadapan Allah kelak". Jawab Jibril: "Firman Allah Taa'la kepada Malaikat Jibril A'laihissalam, syurga telah diharamkan dari dimasuki lain-lain umat melainkan sekalian umatmu telah memasukinya". Mendengar yang demikian itu membuatkan Nabi tersenyum dalam keadaan kesakitan disaat-saat akhir hayat Baginda Sollallahu A'laihi Wasallam.

Begitu hebatnya kecintaan Rasullah kepada umatnya yang tidak mampu digambarkan dalam kotak pemikiran saya, melainkan titisan air mata tanda merindui dan mengasihi Baginda Sollallahu A'laihi Wasallam. Titisan air mata ini hasil dari istiqamah dalam berselawat dan mengikuti sunnah Rasulullah sekadar termampu telah menggoncangkan hati anak-anak muridku sehingga mereka turut menitiskan air mata. Betapa ketika itu hadirnya perasaan rindu yang mendalam kerana suatu ketika Rasullah pernah menitiskan air mata dihadapan para Sahabat. Lalu seorang sahabat bertanya: "Kenapa kamu menangis yaa Rasulullah?". Jawab rasulullah: "Aku menangis kerana merindui saudara-saudaraku." Sahabat bertanya lagi: "Bukankah kami ini saudaramu Ya Rasulullah?". Jawab Rasulullah: "Bukan, kamu adalah sahabatku, saudara-saudaraku adalah mereka yg beriman kepadaku dan menuruti sunnahku dalam keadaan mereka tidak melihat (bertemu) denganku".
...اللهم صل على محمد...
Ya Allah...izinkan kami bertemu dengan Rasulullah dalam mimpi kami....

Ketika Rasulullah dalam keadaan menghadapi sakaratul maut yang diumpamakan kesakitan seperti seribu tikaman pedang, Rasulullah memohon kepada Allah Ta'ala agar semua kesakitan yang ditimpakan keatas umatnya ditimpa keatas diri Baginda. Ketika roh Baginda diakhir-akhir pemisahan dari jasad, Baginda menyebut: "أمتي...أمتي...أمتي" (Umatku sebanyak tiga kali).

Bangunlah wahai kamu sekalian yang mengaku umat Nabi Muhammad!!! Tanyalah diri kamu, sejauh mana kamu mengenali Rasulullah yang kamu agung-agungkan? Sejauh mana kamu mengingati dan merindui Baginda Sollallahu A'laihi Wasallam? Sejauh mana kamu menyusuri perjalanan hidup Rasulullah Sollallahu A'laihi Wasallam? Jangan tunggu kamu ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir soalan: "من نبيك؟" (Siapakah nabi kamu?). Di alam dunia, semua orang boleh menjawab. Ketahui wahai saudara-saudaraku, jawapan terhadap pertanyaan tersebut adalah mengikut amalan hidup kita diatas muka dunia. Kalau diatas muka dunia kita tidak kenal akan Rasulullah, tidak mengikut memuliakan Rasulullah, tidak mengikuti tuntunan perjalanan hidup Rasulullah dalam erti kata jauuuuhhh dari tuntunan agama yang dibawa oleh Rasulullah, jangan harap kita mampu menjawab: "محمد صلى الله عليه وسلم".

Wallahu A'lam.

3 Golongan Manusia

Category:

Sesungguhnya ada 3 golongan manusia yang akan kembali menemui Allah dengan membawa amalan masing-masing.

Golongan Pertama :
Golongan yang hanya membawa amalan fardhu.

Mereka hanya melaksanakan amalan fardhu dan dalam masa yang sama meringan-ringankan amalan sunat. Mereka ini adalah golongan yang sombong kerana merasakan sudah cukup dengan amalan fardhu untuk digantikan dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan pada mereka. Meringan atau memperlekeh amalan sunat. Saya hendak tanya pada golongan ini!!! Amalan-amalan sunat itu datang dari siapa? Kalau kamu mengaku ianya dari Allah dan Rasul, bagaimana mungkin kamu tergamak meringan-ringankan kerana kamu mengaku kamu dari kalangan orang yang beriman. Tok Guru saya pernah menyebut :

  • 1. Amalan sunat ini adalah bertujuan untuk menampung serba sedikit cacat cela dalam amalan2 fardhu kita. Contoh dalam amalan solat. Imam al-Ghazali menyebut: Tatkala hamba Allah mengangkat takbir untuk memulakan solat, syaitan melepaskan seribu anak panah (gangguan atau bisikan) untuk membuatkan hamba Allah itu lalai dalam solatnya. Pernah suatu ketika Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam memberi tawaran kepada sesiapa yang khusyuk dalam solat akan dihadiahkan sehelai baju (jubah). Tawaran tersebut sebelum Nabi dan para sahabat memulai solat. Tiba-tiba dalam solat tersebut terlintas dihati Saidina Ali, "Alangkah baiknya jika Nabi memberikan 2 helai baju". Itu Saidina Ali, bayangkanlah jika ianya kita. Namun peristiwa ini bukanlah Saidina Ali sentiasa lalai dalam solat. Imam Bukhari ketika sedang solat, tiba-tiba beliau digigit 2 ekor lebah, selepas solat, beliau meminta sahabat beliau untuk melihat apa yang membuatkan belakang badan beliau sakit. Sahabat melihat kesan gigitan tersebut telah membengkak. Solat kita? Bunyi nyamuk sudah cukup membuatkan kita amat terganggu, inikan kalau kena sengat. Bahkan ada dari kalangan sahabat Nabi yang minta dicabut anak panah yang menusuk tubuhnya ketika mana dalam solat, kerana khusyuk membuatkan dia tidak merasa kesakitan. Peristiwa-peristiwa diatas sudah cukup menghadirkan dalam hati kita betapa lalainya solat kita. Justeru bagaimana kita boleh menjadi sombong pada amalan-amalan sunat dari Allah dan Rasul.
  • 2. Amalan sunat adalah untuk menghampirkan lagi diri kita pada Allah Taa'la. Membasahkan lidah dengan alunan zikrullah, bangun dikeheningan pagi untuk bermunajat pada Allah adalah amalan-amalan yang menghampirkan diri pada Allah. Sedekah, mengamalkan sunnah Nabi dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa kemanisan dalam amal ibadat hanya benar-benar menemui hakikatnya apabila kita merasa tidak puas melakukannya justeru sentiasa rindu serta berhajat untuk melakukannya. Kemanisan pada solat fardhu hanya tercapai apabila kita merasa ringan dalam melaksanakan solat-solat sunat. Ini merupakan suatu kesinambungan yang terikat.
  • 3. Amalan sunat tanda kasih seorang hamba pada Tuhannya. Iaitu lidahnya lidah Allah, telinganya telinga Allah, matanya mata Allah. Begitulah anggota-anggota yang lain. Kenapa ulama tasawuf mengatakan mereka ini dari golongan yang sombong. Diumpamakan: Giant Hypermarket membuat promosi atau sale. Beli satu jug air percuma 4 biji gelas. Tiba-tiba kamu membeli jug tersebut, maka cashier memberikan kamu 4 biji gelas, lalu kamu menolak untuk mengambil. Jika sayalah cashier tersebut, pasti saya akan menyebut dalam hati: "sombong nate niii".. Begitulah hal keadaannya ketika Allah memberi pelbagai tawaran ganjaran hasil dari amalan-amalan sunat. Kamu melaksanakan amalan-amalan sunat tersebut dengan menggunakan modal anggota badan hasil dari ciptaan Allah dan keuntungannya (ganjaran atau fadhilat) juga datang dari Allah. Tiba-tiba kamu meringankan bahkan memperlekehkannya. Mereka ini hanya akan mengalami kerugian yang teramat sangat di akhirat kelak.

Ingat! Kerugian di hadapan Allah bukan seperti mana kamu rugi didalam perniagaan di atas muka dunia. Golongan yang rugi ini akan menyesal yang tiada kesudahan sehingga merintih dan merayu seperti mana yang Allah rakamkan dalam ayat dari Surah as-Sajadah:

"ربنا أبصرنا وسمعنا فرجعنا نعمل صالحا إنا موقنون"

"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat, dan kami telah mendengar (ya'ni peringatan-peringatan dari Allah dan Rasul ketika diatas muka dunia dulu), maka kembalikanlah kami (ya'ni ke atas muka dunia), nescaya kami akan melaksanakan amal-amal soleh. Sesungguhnya kami telah yaqin."

Golongan Kedua :
Golongan yang kembali membawa amalan-amalan sunat semata-mata, dalam masa yang sama meninggalkan amalan fardhu. Mereka adalah golongan yang "bodoh".

Perhatikan: 6 azab didunia bagi orang yang meninggalkan solat.

  • 1. Diangkat keberkatan pada umurnya.
  • 2. Diangkat keberkatan pagi rezekinya.
  • 3. Doanya tidak diangkat kelangit oleh para malaikat.
  • 4. Dihapuskan tanda orang soleh pada wajahnya.
  • 5. Tidak terpelihara Islam yang ada padanya.
  • 6. Segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tidak diberikan pahala (ya'ni tidak diterima).

Sembahyang fardhu tak buat, tapi bangun tahajjud dan baca al-Quran. Lepas tahajjud, tidur balik. Subuh tidak solat. Sungguhlah.. Saya melihat ramai manusia terpedaya. Kelam kabut beli minyak attar jenama Malaikat Subuh... tapi tidak bangun solat Subuh. Sebab itu saya nak beri cadangan kepada penjual-penjual minyak wangi attar. Letak jenama Malaikat Maut. Tulis pulak, "Barangsiapa memakai wangian malaikat maut, nescaya dia memanggil malaikat maut untuk menghampirinya dan dekat jua dia dengan kematiannya". Saya yaqin, tidak ada yang berani beli. Atau dalam bab promosi, beli jug satu percuma 4 cawan. Kita pergi ke supermarket tersebut dan beritahu cashier : "Saya tak nak jug, tapi saya nak cawan yang percuma, kalau saya nak jug, saya kena bayar. Sekarang ni, saya nak cawan yang percuma tu saja." Sudah tentu cashier kata: "bodo orang ni, dok reti langsung". Maka, begitulah agama. Jangan sekali-kali lari dari kaedah. Jaga yang Fardhu dan dalam masa yang sama jangan meringankan yang sunat dan peliharalah amalan-amalan itu dengan akhlaq tasawuf.


Golongan Ketiga :
Golongan yang membawa amalan fardhu dan sunat (ya'ni mereka memelihara amalan-amalan fardhu dan dalam masa yang sama tidak meringan-ringankan amalan-amalan sunat hatta sekecil mana ia pun).

Inilah golongan yang beruntung, yang melihat semua amal kebajikan tersebut datangnya dari Allah dan Rasul. Kerana mereka melihat setiap amalan tersebut sama ada kecil atau sunat, sudah semestinya disana ada didikan dan rahsia yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui, mereka ini adalah golongan yang tenggelam dalam ilmu Allah semata-mata (ya'ni yang memandang segala amalan yang datang dari Allah dan Rasul dengan mata hati).
Disaat inilah akan hadirnya kelazatan dalam setiap amalan hasil dari pembukaan hijab (ya'ni dinding daripada kita mengetahui rahsia-rahsia dalam amalan yang kita laksanakan). Setiap kali saya berdiri dalam saf dan menghadap qiblat ketika hendak memulai solat, hati saya berbisik, merayu, berharap dan merintih memohon dari Allah Ta'ala agar memberi tuntunan ke jalan yang benar, lurus lagi yang diredhaiNya sepertimana Allah mewajibkan saya menghadap qiblat ketika dalam solat. Permulaan solat, kita menghadap qiblat. Begitu juga kita bermohon agar permulaan hari, minggu, bulan dan tahun kita sentiasa lurus sepertimana kita solat selagi roh kita tidak berpisah dengan jasad kita.

Sebab itu ketika mendengar azan subuh, kita diajar agar memuji Allah dengan ucapan:
"Ya Allah, itu suara seruan pendakwah-pendakwahMu, petanda malam akan berlabuh dan petanda matahari akan menjelma. Oleh kerana matahari akan memancarkan cahayanya untuk menyinari bumi, maka begitu jugalah hambamu yang hina lagi dhoif ini memohon Engkau menerangi hatiku dengan cahayaMu seperti mana Engkau memberi cahaya kepada matahari untuk menyinari bumi." Biarlah kita melafazkan ucapan diatas demgan penuh merendah diri seperti mana ketika kita melafazkan "سبحان ربي الأعلى وبحمده" ketika sujud dalam solat kerana sifat perendahan diri secara mutlak kepada Allah Ta'ala adalah didikan dan rahsia ketika kita sujud dalam solat. Begitu juga ketika kita berdoa dalam situasi apa sekalipun, lebih-lebih lagi ketika selesai solat. Ramai dari kalangan umat Islam yang berdoa dalam kelalaian (ya'ni tidak memusatkan hatinya dengan sepenuhnya pada Allah), mohon pada Allahu Rabbul A'alamiin dalam penuh kelalaian ya'ni tiada ar-roja' (pengharapan) berbanding memohon bantuan dari orang-orang besar seperti YB, Menteri-menteri, Sultan-sultan dan sebagainya. Bukan main beradab dan merendah diri ketika memohon subsidi, sokongan tender, sokongan kerja dan sebagainya dari orang-orang besar, tetapi tidak beradab (meletakkan kedua-dua tangan di paha ketika berdoa kepada Allah) dan sombong (iaitu mohon daripada Allah tetapi hatinya berpaling dari Allah disaat itu).

Renungkanlah sedalam-dalamnya! "Dimanakah letaknya haqiqat nilai kehambaan kita disisi Allah Taa'la?".
Ketika Allah menyoal kita di alam roh: "ألست بربكم؟" "Adakah kamu mengaku Aku Tuhan kamu?". "قالوا : بلى شهدنا". Mereka berkata (menjawab) "Bahkan, kami bersaksi (bahawa Kamu Tuhan bagi kami)". Hari ini manusia berpaling dan melakukan pelbagai kerosakan di atas muka bumi, kerana lupa kepada perjanjian pertama mereka dengan Allah Ta'ala ketika dialam roh lagi. Lupa dalam arti kata tidak mengenal Allah Ta'ala ketika di alam dunia walaupun haqiqatnya mereka telah mengenal Allah ketika di alam roh lagi.

Sebab itu proses dakwah Islamiyyah Nabi Sollallahu A'laihi Wasallam yang pertama adalah untuk mengenal Allah Ta'ala ya'ni mentauhidkan Allah Taa'la. "أول الدين معرفة الله", "Awal-awal bagi ugama itu ialah mengenal Allah Ta'ala". Tanya umat Islam hari ini soalan-soalan mudah seperti: "Apakah sifat yang harus bagi Allah? Bagaimanakah cara kita hendak mengenal Allah Ta'ala? "Saya pernah mengikuti kursus kahwin beberapa tahun yang lepas, penceramah menanyakan soalan kedua diatas, kebanyakan jawapan dari bakal-bakal suami dan isteri ini tidak tahu dan lupa. Inilah bakal-bakal suami isteri yang akan menjadi pembimbing dalam institusi kekeluargaan Islam alaf moden, mudah-mudahan Allah mencampakkan nur kedalam hati mereka. Amiinnn Ya Rabbal A'laamiinnnn....


Renung-renungkanlah...

*InsyaAllah akan saya kupaskan bab mencari, menyentuh dan seterusnya memaut rahsia-rahsia mentauhidkan Allah Ta'ala ini pada siri yang akan datang
.

Selesai 3 golongan yang beramal dalam keadaan kembali menemui Tuhannya. 3 golongan ini akan saya kupaskan lagi menurut Kitab al-Hikam pada siri yang akan datang. InsyaAllah.



Salam ukhuwah fillah dari ana,
muhd_ally @ Muhammad Rashidi Abdullah